APABILA Apabila sahaja diumumkan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Mei 2018, bersorak dan berarak penyokong Pakatan Harapan (PH) di Lebuhraya Persekutuan hingga rakyat takut hendak keluar rumah, satu kemenangan dengan pengharapan daripada pelbagai janji menifesto.
Pada tahun 1969, peristiwa perarakan kemenangan tidak jauh beza, meraikan kemenangan kononnya kemenangan rakyat, mereka riak, bongkak diri, rakyat masih tidak faham apa kehendak sebenar PH, akhirnya ditipu dengan janji manis, apa yang dikejar oleh DAP, PKR, PPBM dan Amanah jauh sekali untuk membela rakyat.
Sebaik sahaja Kabinet ditubuhkan, kesemua kontrak Kerajaan ‘diantung’ tanpa tali, penjawat awam diberi ingatan dan amaran untuk tidak melakukan apa-apa urusan pembangunan dan kewangan, perasaan bertembung dengan ketakutan dengan tugasan dan amanah.
Selepas sahaja beberapa bulan, satu memorandum dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (Lim Guan Eng) semua perolehan yang belum dimuktamadkan terbatal dengan sendirinya, kontrak yang belum mencapai 15 peratus juga di tamatkan begitu sahaja.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarah buat kerja untuk mencari semua tokoh-tokoh politik BN yang mempunyai bau-bau kontrak.
SPRM menjadi alat tunggangan untuk menekan penjawat awam agar tidak meneruskan apa-apa sahaja kelulusan melibatkan kewangan. Ketika itu, semua penjawat awam dijadikan mangsa untuk melanggar etika kerja hanya kerana memuaskan nafsu pemimpin PPBM, DAP, Amanah dan PKR.
Negara menjadi kelam kabut, sistem pentadbiran kerajaan dilumpuhkan oleh Kerajaan sendiri. Ia dilakukan dengan sebab, dendam dan benci PPBM, PKR, DAP dan Amanah!
Mereka tidak peduli akan kesan domino yang akan terjadi terhadap ekonomi negara. Mereka tidak peduli tentang rakyat yang akan dibuang kerja. Mereka tidak peduli akan implikasi kontrak-kontrak yang sudah termenterai. Mereka menjadi kuku besi dan meletakan undang-undang di bawah telapak kaki mereka.
Gambaran cerita di atas bukan satu dongengan, ia gambaran sebenar keadaan yang terjadi di setiap kementerian sewaktu 22 bulan di bawah pemerintahan PH.
Ini dibuktikan dan disahkan lagi apabila Memoir Tun Dr Dr. Mahathir bin Mohamad yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Ia juga diakui oleh pemimpin PH.
Untuk meranapkan negara iaa tidak mengambil masa yang lama, 22 bulan adalah satu tempoh yang cukup panjang untuk melakukan kemusnahan.
Impak yang dilakukan oleh PPBM, PKR, DAP dan Amanah ini masih tidak dapat dipulihkan. Syarikat-syarikat menyaman Kerajaan. Ada banyak tunggakan kontrak yang tidak dapat diselesaikan kerana penjawat bertukar dan sehingga hari ini beban hutang yang ditanggung telah menyebabkan banyak syarikat gulung tikar.
Banyak keluarga hilang punca pendapatan hanya kerana sikap pentadbiran berasaskan dendam dan benci di adaptasikan dalam sistem petadbiran kerajaan PPBM, PKR, DAP dan Amanah.
Selama 22 bulan memerintah, ada Menteri PH yang mempunyai wang yang banyak dalam akaun mereka. Malah parti baru setahun jagung sudah mampu membeli bangunan untuk dijadikan pejabat di setiap negeri.
Akhirnya, mereka yang bersorak, berarak pada Mei 2018 telah di tipu dan dikhinati oleh pentadbiran PH.
Datuk Razlan Rafii adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO