KALAU diikutkan impian parti-parti pembangkang Sarawak terutama DAP, Parti Sarawak Bersatu (PSB), PKR dan ikut sama Pas, masing-masing sudah tidak sabar lagi mahu membenam Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kalau burung kenyalang itu seperti garuda, mahu sahaja dikenderaankan parti-parti ini terutama dari Semenanjung. Sayangnya, burung-burung itu antaranya dari spesies enggang, enggang papan dan burung lilin bersaiz kecil. Bisa jatuh mereka. Dalam kalangan orang Pas memang begitu mengharapkan setidak-tidaknya cukup satu kerusi di Bumi Kenyalang untuk ditembusi. Kawasan Dewan Undangan Negeri Beting Maro dalam Parlimen Batang Lupar, 301 kilometer (km) dari Kuching…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya