Oleh Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar
Di Malaysia polis diberikan kuasa untuk menyiasat kes-kes berkaitan jenayah yang boleh ditangkap dan kesalahan yang tidak boleh ditangkap. Dalam artikel ini, saya hanya akan merujuk tentang kesalahan yang boleh ditangkap.
Menyiasat kes kesalahan yang boleh ditangkap tertera di dalam Seksyen 109 Kanun Acara Jenayah. Apa yang berlaku jika polis mendapat maklumat mengenai kes kesalahan yang boleh ditangkap?
Seseorang anggota polis tidak kurang daripada pangkat Sarjan hendaklah dengan segera melaporkan pada Pendakwa Raya atau dengan sendiri atau melalui wakilnya segera ke tempat kejadian dan mengambil keterangan menjalankan tindakan yang bersesuaian dan jika perlu melakukan tangkapan. Ini adalah di bawah Seksyen 110 Kanun Acara Jenayah.
Kesalahan yang boleh ditangkap adalah kesalahan melibatkan hukuman mati, hukuman penjara seumur hidup, hukuman penjara tidak kurang daripada tujuh tahun serta hukuman penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun. Adalah jelas di dalam peruntukan ini tindakan perlulah segera dilakukan polis agar keterangan saksi adalah segar dalam ingatan, tempat kejadian masih boleh diperiksa dan jika perlu suspek ditangkap. Dan ramai bertanyakan, dalam siasatan adakah polis perlu maklumkan kepada pengadu mengenai perkembangan kes?
Di bawah Seksyen 107A Kanun yang sama memberikan kuasa kepada pengadu untuk memohon daripada pegawai penyiasat berkaitan perkembangan kes aduannya. Ini hanya terpakai pada kes-kes yang boleh ditangkap.
Jawapan hendaklah diberikan polis dalam jangkamasa dua minggu daripada tarikh penerimaan permohonan. Andainya, tiada respons daripada polis, pengadu boleh membuat permohonan dan aduan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Timbalan Pendakwa Raya akan mengarahkan polis memberikan maklumat kepada nya dan jika gagal pihak berkuasa itu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen di atas dan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali (Seksyen 107A (7) Kanun Acara Jenayah). Tetapi sekiranya:
Permohonan dibuat lebih daripada empat minggu dan maklumat jika diberikan akan mengganggu proses penyiasatan dan pendakwaan, maka memberi perkembangan kepada pengadu adalah tidak perlu. (Seksyen 107A(3) Kanun yang sama). Setelah siasatan lengkap maka kertas siasatan akan diberikan pada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Jika ada berlaku kesalahan dan elemen-elemen serta keterangan adalah lengkap maka orang yang ditangkap itu akan dituduh di mahkamah. Kuasa untuk menuduh adalah kuasa Pendakwa Raya dan bukan polis. (Seksyen 376 Kanun Acara Jenayah dirujuk).
Sekiranya kertas siasatan tidak lengkap atau unsur-unsur di dalam pertuduhan itu tidak lengkap maka kertas siasatan akan dipulangkan kepada pegawai penyiasat dan dengan arahan terperinci oleh Pendakwa Raya supaya mendapatkan perkara-perkara yang tidak lengkap itu sebelum dinilai semula untuk pertuduhan atau sebaliknya.
Contoh berkaitan pentingnya masa, kita boleh lihat kes melibatkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam satu rusuhan. Pada November 2018, Muhammad Adib, 24, diserang dan dipukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar di tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya Selangor.
Kes ini disiasat dan tangkapan dibuat, beberapa orang telah dituduh kerana merusuh membawa senjata berbahaya serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Setelah kematian Muhammad Adib, satu inkues untuk mengetahui sama ada elemen jenayah di dalam kematian dijalankan dan didapati kematian disebabkan dua atau lebih orang dan terdapat unsur jenayah.
Maka siasatan seharusnya bermula berdasarkan dapatan koroner tersebut. Siasatan bolehlah bermula sebagaimana peruntukan iaitu Seksyen 109 kanun Acara Jenayah. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.
Namun Seksyen 110 Kanun Acara jenayah adalah akademik kerana kejadian telah lama berlaku dan segala keterangan bolehlah dikaji dan diambil daripada keterangan semasa inkues dijalankan untuk membantu siasatan. Namun, malangnya di dalam inkues juga tidak mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat.
Masa sekali lagi memainkan faktor penting. Masa yang lama diambil untuk inkues itu tamat menyukarkan polis menjalankan siasatan selanjutnya kerana tiada keterangan dapat membantu untuk mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat dan masa juga akan menyebabkan pencarian keterangan baru menjadi lebih sukar.
Di dalam kes jenayah, siasatan sesuatu kes itu tidak ada had masa dan seseorang itu boleh dituduh bagi jenayah tanpa ada had masa. Oleh itu, adalah betul kenyataan polis jika ada keterangan baru, kes ini akan disiasat semula.
Baru-baru ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin memberitahu, kes kematian Muhammad Adib ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu. Katanya, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham.
Namun masa memainkan peranan yang penting kerana:
1.Daya ingatan saksi akan luput jika masa siasatan yang diambil terlalu lama.
2.Saksi akan susah dicari, menghilangkan diri atau mati jika masa siasatan yang diambil terlalu lama.
3.Keterangan di tempat kejadian akan hilang jika siasatan diambil terlalu lama.
4.Suspek yang terlibat boleh menghilangkan diri, tidak dijumpai atau mati jika masa siasatan diambil terlalu lama.
Siasatan merupakan satu perkara rumit namun perlu disegerakan terutamanya di dalam kes serius dan mempunyai nilai kepentingan awam. Kerumitan dalam siasatan dan masa menyelesaikan siasatan perlu diimbangkan dalam sesuatu siasatan kes jenayah.

PENULIS ialah Pengamal
Undang-undang.