MPK14 sedia berkhidmat dalam norma baharu - Utusan Malaysia

MPK14 sedia berkhidmat dalam norma baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INSTITUSI pengajian tinggi bukan hanya sebagai pusat menuntut ilmu, para pelajar juga dibimbing untuk berorganisasi untuk menjadi pemimpin pelajar yang cemerlang. Di kala pandemik ini, peranan yang dimainkan oleh majlis perwakilan kolej menjadi semakin besar kerana pemantauan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar bukan hanya di dalam kampus tetapi juga terhadap pelajar di luar kampus dan yang terkandas di kampung halaman masing-masing.

Norma baharu kehidupan di dalam kampus ini menyebabkan banyak program dijalankan secara dalam talian. Selain itu, agihan-agihan bantuan untuk pelajar yang memerlukan juga dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul. 

Semestinya perwakilan pelajar yang membantu pihak pengurusan kolej dalam menyalurkan bantuan kepada kumpulan pelajar yang terkesan. 

Walaupun jumlah jangkitan Covid-19 masih menunjukkan jumlah yang membimbangkan, tetapi kadar vaksinasi negara kita amat memberangsangkan dan sudah pasti pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan secara bersemuka tidak lama lagi. 

Begitu juga untuk Majlis Perwakilan Pelajar Kolej 14 (MPK14) yang tidak sabar untuk untuk menyambut ketibaan pelajar-pelajar baharu ke Kolej 14, Universiti Putra Malaysia. Presiden MPK14 yang baharu dilantik,  Muhammad Adham Bakri berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangan sedang giat menyusun program bersesuaian seiring norma baharu untuk memperkasakan para pelajar yang akan ditempatkan di Kolej 14 bermula sesi pengajian semester 1 2021/2022.

Selain daripada membantu dalam mengurus kebajikan pelajar kolej, wakil pelajar kolej amat penting dalam membentuk sahsiah pelajar di mana nilai-nilai saling menghormati dan menerima antara satu sama lain sangat ditekankan. Tambahan pula pelajar di Kolej 14 terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama serta negara. 

Sememangnya perwakilan pelajar mengalas tanggungjawab yang besar dalam mengurus hal-ehwal pelajar, namun ilmu serta pengalaman yang diperolehi sepanjang mereka menjawat jawatan selaku perwakilan pelajar akan membantu mereka menempuh alam pekerjaan serta memahami pengurusan sesebuah organisasi.

PENULIS ialah Pengetua Kolej 14, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya