HARI ini ulang tahun ke-76 berakhirnya Perang Dunia Kedua. Ketika kita memperingati kejayaan Pihak Berikat menghancurkan Kuasa Paksi, kita juga berkongsi dukacita yang mendalam sebab hampir setiap negara di dunia merasai penderitaan hari-hari itu. Semasa Perang Dunia Kedua, Rusia (ketika itu Kesatuan Republik Sosialis Soviet) dan China kehilangan banyak nyawa. Jumlah tentera dan orang awamnya yang terkorban mencecah lebih separuh angka kematian seluruh dunia yang dianggarkan antara 70 hingga 85 juta orang. Biarpun tragedi sejagat itu sudah jauh ditinggalkan dalam sejarah, kita harus mengenangnya sebagai satu pengajaran yang sangat bernilai.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya