Serah kepada pakar selesaikan krisis negara - Utusan Malaysia

Serah kepada pakar selesaikan krisis negara

Virus Covid-19 tidak berhenti ‘bekerja’ dan terus menerus menjangkiti rakyat tanpa henti. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Seluruh rakyat yang mengikuti Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang  berlangsung dari 26 hingga 29 Julai lalu, sudah pasti mendapat gambaran jelas betapa pentadbiran kerajaan pada masa ini berada di dalam kecelaruan.

Sehinggakan mesyuarat yang sepatutnya boleh selesai pada petang Khamis itu terpaksa ditunda pada hari lain, akibat kecelaruan perjalanan mesyuarat tersebut.

Pada masa sama, virus Covid-19 tidak berhenti ‘bekerja’ dan terus menerus menjangkiti rakyat tanpa henti. Dengan kini jumlah keseluruhan jangkitan  melepasi sejuta dan jumlah kematian lebih 9,000 orang manakala jumlah jangkitan harian kekal lima angka.

Saya pernah berkata sebelum ini, jalan politik bukan lagi cara terbaik untuk mengatasi kesengsaraan dan permasalahan yang rakyat dan negara sedang hadapi ini. 

Semua menteri yang bertanggunjawab tidak mungkin dapat memikirkan cara dan jalan terbaik sambil melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan untuk mengatasi segala masalah kesihatan, ekonomi dan pelajaran yang sedang berterusan. 

Sekarang mereka terlalu sibuk memikirkan kelangsungan politik masing-masing, jawatan dan kuasa yang sedang mereka pegang sekarang terancam. Jadi, tidak keterlaluan jika dikatakan fokus mereka ialah memikirkan cara terbaik untuk mengekalkan kuasa dan jawatan, bukan masalah rakyat dan negara.

Tidak perlu membuang masa lagi, tidak perlu libatkan orang politik. Serahkan kepada pakar-pakar kesihatan dan perubatan, pakar-pakar ekonomi dan pendidikan yang semangnya negara kita miliki, malah ramai juga dalam kalangan mereka bertaraf dunia. Biar pakar-pakar ini yang mencari jalan dan melaksanakan pemulihan negara.

Pada masa sama, untuk menguruskan pakar-pakar ini dan krisis negara sebesar ini, perlulah juga diketuai oleh seseorang yang betul-betul pakar dan berpengalaman dalam menguruskan krisis pada skala negara. Perlu ingat, taruhannya ialah nyawa rakyat, ekonomi dan masa depan negara.

AZMAN MOHD. HASHIM, Ahli Majlis Eksekutif Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya