Perlu reformasi dalam parti politik segera untuk banteras rasuah - Utusan Malaysia

Perlu reformasi dalam parti politik segera untuk banteras rasuah

REFORMASI perlu dilakukan segera dalam memastikan negara bebas daripada rasuah demi masa depan rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA pasti rakyat menyokong penuh saranan Profesor Datuk Dr. Ahmad Murad Merican sebelum ini bahawa perlunya reformasi secara holistik dalam budaya dan adab berpolitik dalam kalangan pemimpin politik di Malaysia.

Jika diselidik secara mendalam, memanglah budaya yang diamalkan turun-temurun tiada ketelusan hakiki, seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu salah laku. Ia berlaku di setiap peringkat dari atas sehinggalah ke  akar umbi.

Sebagai contoh boleh dilihat dalam UMNO, sumbangan yang diperoleh tidak pernah didedahkan secara telus sama ada ia daripada sumber sah dan bersih atau sebaliknya. Setahu kita, apabila pemimpin berkaitan datang ke cawangan, beribu-ribu duit dihamburkan. Apa yang menyedihkan, mereka tidak mendedahkan perbelanjaan wang tersebut.

Budaya ini berlaku dalam semua parti politik di negara ini. Oleh yang demikian, saranan Ahmad Murad adalah tepat sekali dan reformasi perlu dilakukan segera untuk menyelamatkan negara tercinta ini daripada jenayah rasuah demi kepentingan anak cucu kelak.

RAKYAT PRIHATIN, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya