SAUDARA PENGARANG,
TAHNIAH diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa 7 Julai lalu.
Saya pasti ramai yang tidak mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan ketika wabak Covid-19 sudah mencatat lebih 20,000 kes baharu sehari.
Pertukaran kerajaan pada waktu ini juga tidak sesuai kerana pembentukan Kabinet baharu pastinya memakan masa sekali gus menjejaskan momentum proses pemulihan yang sedang berlaku melalui program vaksinasi secara besar-besaran.
Oleh itu, salah satu cara supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat dipertahankan sehingga krisis reda dan menunggu Parlimen dibubarkan adalah dengan melantik Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri di samping kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan
PEMERHATI, Kuala Lumpur.