Mula cari, asah pelapis baharu - Utusan Malaysia

Mula cari, asah pelapis baharu

TIBA masa kanak-kanak yang berpotensi dalam sukan diasah bakat mereka agar dapat menjadi pelapis negara pada masa akan datang. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUKAN Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun baru melabuhkan tirai pada 8 Ogos lalu. Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang berusaha keras membawa nama negara ke persada sukan dunia. Walaupun ada dalam kalangan mereka yang tewas, namun bagi rakyat Malaysia, mereka kalah  bermaruah.

Ekoran rekod baik negara, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan agensi berkaitan sukan negara perlu menyusun program untuk melahirkan bakat-bakat baharu dan ia perlu bermula di peringkat kanak-kanak lagi seperti China yang berjaya melahirkan seorang atlet terjun berusia 14 tahun, Quan Hongchan. Jelas atlet muda itu dilatih sejak berusia antara lapan atau sembilan tahun. 

Oleh itu, semua pihak berkaitan perlu bertindak dari sekarang dengan mencari bakat muda yang boleh diketengahkan suatu hari nanti dalam pelbagai jenis sukan.

Saya memuji langkah yang diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang berjaya mencungkil dan melahirkan pemain berbakat dalam kalangan mereka sejak kecil lagi. Disebabkan itu, pemain badminton negara hebat-hebat belaka dan memiliki potensi besar untuk terus maju.

Saya berharap kita mengambil tindakan pantas dan bimbinglah anak muda yang berbakat agar mereka menjadi luar biasa dan mampu memberi saingan serta mencipta kejutan dalam pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa.

PENDUDUK MERU, Klang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya