Kreativiti tarik minat pelajar belajar Sejarah - Utusan Malaysia

Kreativiti tarik minat pelajar belajar Sejarah

ANTARA koleksi kreatif Zarina ketika sesi PdPR dijalankan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA merupakan seorang guru mata pelajaran Sejarah. Seperti yang diketahui umum, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan berlanjutan sehingga 31 Ogos ini.

Demi memastikan pelajar mengikuti proses pembelajaran tanpa rasa bosan serta mahu menarik minat mereka untuk mendalami subjek Sejarah  dengan baik, saya menggunakan pendekatan kreatif dan lain daripada yang lain.

Disebabkan saya mengajar pelajar tingkat 4 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka saya harus pastikan mereka benar-benar memahami subjek tersebut.

Oleh itu, saya akan berlakon, memakai kostum dan menunjukkan  video-video berkaitan agar pelajar lebih mudah memahami tentang pelajaran tersebut. 

Pelajar sekolah menengah yang kita tahu, memang tidak minat belajar Sejarah. Mereka berpendapat, subjek ini bosan kerana belajar mengenai cerita lama.

Cabaran bermula ketika sesi pembelajaran melalui Google Meet. Hal ini sangat merisaukan saya pada mulanya kerana subjek sejarah perlu wajib lulus di peringkat SPM 2021, namun setelah mengubah cara mengajar didapati ramai pelajar berminat dan suka dengan teknik ini.

Pada pandangan saya, sebagai seorang guru, kita perlu lebih kreatif dan tidak perlu malu untuk mendidik di alam maya dengan cara apa pun. Yang penting matlamat untuk menjadikan pelajar berjaya dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek tercapai selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

ZARINA ABDULLAH, SMK Dato’ Sri Amar Diraja, Muar, Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya