PELANTIKAN Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan sewajarnya meredakan bahang politik yang melanda negara sekian lama terutama selepas perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Umumnya, pelantikan ini dilihat sebagai mandat yang jelas dari istana yang turut meletakkan harapan tinggi kepada Ismail Sabri. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan dengan pelantikan itu, maka kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha memerangi Covid-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat krisis dan ancaman pandemik. Seri Paduka juga menzahirkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya