Adakah PH mampu bantu rakyat seperti PN? - Utusan Malaysia

Adakah PH mampu bantu rakyat seperti PN?

Pakatan Harapan (PH) sepatutnya melaksanakan tanggungjawab dengan baik ketika mentadbir kerajaan selepas menang majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGUMUMAN bantuan kerajaan sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh baru-baru ini dilihat sebagai satu usaha meringankan beban rakyat.

Saya berani mengatakan, sekiranya Pakatan Harapan (PH) kekal memerintah sehingga kini, sudah pasti rakyat hanya menikmati separuh sahaja bantuan daripada kerajaan, tidak seperti pentadbiran Perikatan Nasional (PN) hari ini. Sudah pasti mereka akan memberi alasan hutang negara amat banyak.

Saya tidak mengerti, mengapa sejak kembali menjadi pembangkang, PH menyarankan kerajaan membuat lebih baik (usaha bantu rakyat) demi kepentingan rakyat? Kenapa masalah hutang negara sunyi sepi tidak dizahirkan dahulu semasa PH berkuasa?

Apakah sekiranya PH masih memerintah semula, mereka akan menghapuskan semua jenis cukai?

Sebenarnya inilah tindakan ahli politik sekiranya mereka tidak berkuasa. Mereka akan mengambil peluang atau kesempatan untuk mendapatkan kembali kuasa. Saya mencabar pemimpin Melayu pembangkang membuat aku janji bersumpah yang mereka akan melakukan yang terbaik untuk negara.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya