Rimas diganggu pemungut hutang cukai MBS - Utusan Malaysia

Rimas diganggu pemungut hutang cukai MBS

CONTOH SMS diterima penduduk yang mempunyai cukai taksiran tertunggak. - IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kebelakangan ini, saya serta beberapa penduduk di kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) diganggu oleh agensi pemungut hutang yang mendakwa dilantik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan untuk memungut bayaran cukai taksiran tertunggak.

Dengan keadaan rakyat yang terhimpit dengan sekatan demi sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersiri sejak Mac 2020, mohon jasa baik MBS agar dapat menangguhkan pungutan cukai tertunggak.

Hentikan gangguan panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berturut-turut setiap hari. Adakalanya mereka menghubungi pembayar cukai antara tiga hingga empat kali setiap hari sama ada melalui telefon, SMS atau WhatsApp.

Pelbagai nombor telefon digunakan oleh agensi pemungut hutang ini untuk menghubungi pembayar cukai sehingga menyebabkan penduduk berasa tertekan.

Disarankan MBS dapat menawarkan moratorium atau penjadualan semula bayaran cukai kepada penduduk yang kini dihimpit dengan masalah kewangan.

Pada masa sama, agensi berkaitan diharap dapat menyiasat, adakah pelantikan agensi pemungut hutang terbabit dibuat secara sah dan syarikat terbabit mempunyai tauliah?

Perlu juga dipastikan sama ada skop kerja agensi pemungut hutang ini tidak melanggar syarat kontrak yang ditandatangani dengan MBS.

TENGKU MAN, Senawang, Negeri Sembilan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya