Mohon kerajaan beri potongan PTPTN 50 peratus - Utusan Malaysia

Mohon kerajaan beri potongan PTPTN 50 peratus

TERDAPAT cadangan peminjam PTPTN yang telah membuat pembayaran secara konsisten diberikan potongan 50 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA rasa semua masih ingat permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Wan Saiful Wan Jan pada 2018 berikutan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menepati janji menghapuskan pinjaman itu.

Menurut Wan Saiful, agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto PH berkenaan, namun gagal.

Katanya, beliau telah berbulan-bulan berusaha memikirkan bagaimana untuk melaksanakan janji itu dengan bantuan daripada pengurusan PTPTN.

Bagaimanapun, janji itu tidak dapat kita laksanakan kerana ketika manifesto berkenaan dibuat, ia tidak mengambil kira hutang negara dan hutang PTPTN yang begitu besar.

Hutang PTPTN hampir RM40 bilion dan jika janji itu diteruskan, hutang berkenaan akan menjadi bebanan besar kepada negara untuk membayar.

Selain itu, yang turut tidak ditunaikan kerajaan PH adalah janji untuk menangguhkan pembayaran hutang PTPTN kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.

Kegagalan kerajaan PH untuk memenuhi janji mereka telah menimbukan rasa marah dan kecewa dalam kalangan anak muda yang meminjam daripada institusi tersebut untuk menyambung belajar. Belum dapat kerja, mereka telah dibebankan dengan hutang.

Bagi memenuhi keperluan hidup yang semakin mencabar, ada sesetengah peminjam tidak membuat bayaran balik walaupun mereka tahu akan berhadapan kesukaran sekiranya mahu membuat pinjaman selanjutnya.

Dalam pada itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberikan potongan 50 peratus daripada jumlah pinjaman kepada mana-mana peminjam yang telah membuat pembayaran secara konsisten. 

Dengan inisiatif seperti ini, diharapkan para peminjam akan berusaha membuat pembayaran dan secara tidak langsung membolehkan PTPTN mengumpul dana untuk disalurkan kepada peminjam baharu.

Mungkin dalam belanjawan yang akan dibentangkan pada penghujung tahun nanti, kerajaan dapat melaksanakan inisiatif ini.

ANAK SELAUNG, Kulim, Kedah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya