SAUDARA PENGARANG,
SAYA merupakan salah seorang penduduk Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak pengurusan hal ehwal kampung yang menyelesaikan masalah sistem saliran air yang sebelum ini menjadi punca banjir di kawasan ini.
Masalah ini pernah disiarkan di Utusan Malaysia pada 21 Oktober tahun lalu dan mendapat perhatian sewajarnya. Kami gembira melihat masalah ini diselesaikan dengan jayanya.
Terima kasih kepada wakil rakyat kawasan Serkam, Datuk Zaidi Atan; Tok Sidang Kampung Berangan Enam, Zainal Mahat serta Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK), Kamalruzaman Mohd. Yasin.
Marilah kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin agar kawasan perumahan ini indah, cantik dan selamat.
MAHAD A. BAKAR, Berangan Enam, Umbai, Melaka.