Guru perlu berkorban untuk bimbing pelajar - Utusan Malaysia

Guru perlu berkorban untuk bimbing pelajar

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGUMUMAN Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin  mengenai pengambilan khas secara one- off melibatkan 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 bakal membuka peluang pekerjaan serta membolehkan negara mendapatkan calon yang benar-benar berminat dalam bidang pendidikan.  

Atas faktor ini, kerajaan perlu mengutamakan calon dari institut pendidikan guru dan mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda pendidikan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Namun, dengan membuka peluang kepada yang berminat tanpa latar belakang dalam ilmu pendidikan dilihat sebagai satu masalah kerana hanya berdasarkan minat sahaja bukanlah tiket untuk menjadi pendidik kerana golongan ini hendaklah terdiri daripada mereka yang sanggup berkorban waima nyawa sendiri.

Sanggupkah calon guru mengajar di kawasan pedalaman yang mencabar melalui sungai, merentas laut, melalui jalan berlumpur dan pelbagai situasi berbahaya serta menggadai nyawa terutama di pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak?

Guru juga perlu berkorban wang ringgit atau gaji setiap bulan untuk membayar dahulu yuran atau keperluan bagi pelajar yang kurang berkemampuan. Selain itu, bakal guru juga perlu mempunyai kemahiran kreativiti dan inovasi dalam mendepani cabaran pendidikan di alaf baharu.

Seorang guru mestilah boleh dan mampu mencari idea dan jalan penyelesaian jika berhadapan masalah pembelajaran pelajar. Mereka perlu membuat banyak modul supaya guru dilihat berusaha sehabis baik dan tidak hanya menyalahkan murid serta keadaan.

Jadilah seorang guru yang bijaksana dalam merungkai permasalahan murid terutama pelajar yang memerlukan bimbingan. Bakal guru juga perlu bijak mengawal emosi dan menerima pelbagai cabaran termasuk mengajar di sekolah yang kurang pelajar dan tidak cemerlang.  

Bagi sekolah yang kurang murid, anda perlu multitasking seperti membuat soalan tanpa bantuan guru lain, banyak jawatan yang dipikul  dan perlu menghadiri pelbagai mesyuarat. Ketika itu, anda akan tertekan dengan pelbagai tugas. Anda mudah mendapat teguran langsung daripada pihak pentadbir jika peratusan kelulusan subjek mengecewakan.   

Tidak mudah menjadi seorang guru. Justeru, anda perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi.

GURU PENCEN. Temerloh, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya