Amal penjarakan fizikal, kekal budaya tanpa tunai - Utusan Malaysia

Amal penjarakan fizikal, kekal budaya tanpa tunai

Cukai 10 peratus bagi barang LVG dibeli dalam talian hanya dikenakan ke atas barang import.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Amalan penjarakan fizikal kini cukup sinonim dengan kehidupan masyarakat.

Masyarakat tidak dapat berinteraksi secara bersemuka dan tidak dapat mengaktifkan diri dalam persekitaran yang sesak secara normal.

Prosedur operasi standard (SOP) diperkenalkan kerajaan bagi mengekang penyebaran pandemik Covid-19.

Dalam mengekalkan amalan itu, kita harus berani mendepani ancaman penipuan siber. Oleh itu, tingkatkan kepercayaan yang tinggi dalam diri, sentiasa peka dan berhati-hati dengan persekitaran.

Ini termasuk hanya melakukan urus niaga dengan pihak yang mempunyai integriti dan dipercayai. Ambil masa untuk selidik latar belakang peniaga sebelum melakukan urusan pembayaran dalam talian. Contohnya, sentiasa baca pandangan atau maklum balas pengguna, kenal pasti sama ada pernah berlaku masalah dengan melihat sejarah urus niaga terdahulu di platform penjual. Pastikan ada komen positif, baru beli dan bayar.

Untuk memastikan ia platform yang tepat, kita boleh menggunakan carian di Google Search untuk menyemak kesahihan penjual melalui alamat laman web atau pautan tertentu. Setelah yakin dan pasti, pengguna boleh terus melakukan urus niaga.

Tahap kepercayaan yang tinggi dan teliti dalam membuat keputusan akan membantu pengguna berjaya melakukan urus niaga. Yakinlah, negara kita mempunyai sistem keselamatan perbankkan dalam talian yang baik.

Justeru, kekalkan kepercayaan, tingkatkan kepekaan persekitaran dengan membantu negara ke arah pembentukan masyarakat tanpa tunai dengan lebih baik. Semoga negara terus sejahtera dan berjaya mengekang penularan pandemik Covid-19.

HAMIDAH AB. RAHMAN
Fakulti Pendidikan Teknik & Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya