Ahli Parlimen cakap tak serupa bikin ditolak PRU-15 - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen cakap tak serupa bikin ditolak PRU-15

PRU-15 dijangka membawa perubahan besar dalam sistem pentadbiran negara apabila rakyat hanya akan memilih pemimpin yang benar-benar berkaliber.- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Rata-rata rakyat sudah hilang kepercayaan kepada ahli Parlimen yang ada terutama mereka yang  korup dan cakap tak serupa bikin. Mereka bertindak berdasarkan kepentingan politik sempit iaitu lebih kepada mengisi tembolok masing-masing.

Perkara ini dapat dilihat semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu yang menjadi punca penyebaran virus Covid-19. Sepatutnya ia ditangguhkan demi mengelakkan penularan Covid-19. 

Apa yang menyedihkan, tidak ada seorang pun dalam kalangan ahli Parlimen mencadangkan ia ditangguhkan. Masing-masing bersetuju kerana tamak kuasa. Apa yang akan terjadi tidak dipedulikan. Akibatnya terjadilah penularan Covid-19 di seluruh negara. Apakah kita masih mengharapkan lagi kepada ahli-ahli Parlimen begini?

Jelas keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen tidak boleh dipercayai lagi. Mereka kelihatan tidak ikhlas dalam melakukan proses semak dan imbang, malah dilihat dipengaruhi sifat rakus dan tamakkan kuasa.

Adalah lebih baik kita bersabar dan sentiasa memberi sokongan kepada usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi. Apabila semuanya dapat dikawal serta ekonomi kembali stabil, maka bolehlah difikirkan tentang perubahan pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Rakyat pastinya ternanti-nanti proses PRU-15. Rakyat pastinya akan memilih ahli Parlimen yang bersih dan ikhlas untuk menerajui negara tercinta. Rakyat tidak akan melakukan kesilapan lagi kerana kesilapan akan membawa padah.

RAKYAT PRIHATIN, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya