Pelitup muka boleh jadi ‘pembunuh’ - Utusan Malaysia

Pelitup muka boleh jadi ‘pembunuh’

PELITUP muka tidak lagi perlu diwajibkan kepada orang ramai apabila nilai kadar kebolehjangkitan berada di bawah nilai 1, kata pakar kesihatan awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 8 Jun setiap tahun, negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meraikan Hari Lautan Sedunia.

Sambutan bertujuan memberi kesedaran kepada manusia kepentingan laut serta manfaat dalam kehidupan manusia sejagat.

Lautan adalah ekosistem terbesar di planet ini yang meliputi kira-kira 71 peratus daripada permukaan bumi. Tidak dapat disangkal lagi laut adalah sistem sokongan utama kehidupan di bumi terutama manusia.

Dalam pada itu, ketika seluruh dunia bersatu melawan pandemik Covid-19, para saintis baru-baru ini membongkar kesan buruk lambakan pelitup muka terhadap hidupan di dasar laut.

Fenomena ini tidak sewajarnya berlaku kerana secara asasnya penggunaan pelitup muka adalah antara langkah pencegahan penting untuk menghentikan penularan Covid-19.

Namun, demi keselamatan nyawa manusia, akhirnya pelitup muka menjadi ‘pembunuh’ yang mengorbankan hayat hidupan laut akibat daripada pengurusan pembuangan sisa yang tidak berhemah.

Tindakan kurang prihatin ini amat dikesali kerana menjejaskan hidupan di dasar laut.

Keadaan lebih parah apabila program tahunan sempena Hari Lautan Sedunia seperti pembersihan laut dan pantai tidak dapat dijalankan ekoran penutupan penuh sektor sosial akibat pandemik.

Oleh itu, diharap masyarakat dapat menguruskan pembuangan sisa domestik termasuk pelitup muka secara sistematik serta mengelakkan penggunaan plastik sekali guna dan memilih untuk menggunakan barangan mudah terurai.

Semoga langkah kecil ini mampu memberi impak besar untuk kesejahteraan generasi akan datang.

DR. IZYAN MUNIRAH MOHD. ZAIDEEN
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya