Jumaat lalu, saya ditanya oleh seorang figura awam. Apakah masih ada ruang di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi Yang di-Pertuan Agong, sultan-sultan dan Majlis Raja-Raja memainkan peranan mereka dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah kritikal yang kini dihadapi rakyat dan negara? Antara masalah yang beliau sebutkan adalah ledakan jangkitan Covid-19 yang kini terus meningkat, Parlimen yang masih digantung (menyebabkan tidak ada proses semak dan imbang), pentadbiran yang dikatakan lemah, kemarahan rakyat yang belum reda, amalan rasuah dan salah guna kuasa, dan kewujudan dwistandard dalam penguatkuasaan undang-undang. Saya juga ditanya, apakah tidak ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya