Pengumuman seorang pengerusi badan korporat diberhentikan serta-merta ekoran perlanggaran dua buah gerabak pengangkutan ringan (LRT) minggu lalu membawa 1,001 peringatan tentang kepemimpinan. Suatu isu yang hangat diperkatakan sejak beberapa lama, namun tidak mudah diselesaikan apatah lagi dalam krisis pandemik ini. Sebelum itu pun sudah ada pelbagai kajian antarabangsa berwibawa yang menonjolkan kepemimpinan dewasa ini sudah merosot. Keseluruhannya dipenuhi dengan ketamakan, kepincangan serta keremehan khususnya dalam dunia perniagaan dan korporat, ditambah dengan kerakusan kuasa dan kegilaan kebendaan. Bekas Ketua Polis Negara pernah mengeluh akan apa yang didakwanya sebagai campur tangan luar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya