Kes Covid-19 meningkat akibat kemaruk beraya - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 meningkat akibat kemaruk beraya

PEGAWAI polis memeriksa sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berdekatan Tol Gombak yang sesak dengan kenderaan menjelang 1 Syawal, baru-baru ini. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, kes positif Covid-19 di negara ini melepasi angka 9,000. Sebahagiannya disumbangkan oleh kluster Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun arahan larangan pulang ke kampung dan ziarah raya dikeluarkan oleh kerajaan, namun nampaknya masih ramai yang mempertaruhkan nyawa sendiri dan keluarga semata-mata kemaruk mahu beraya.

Masih perasan dan yakin yang diri mereka kebal dan tidak mungkin dijangkiti.

Malah terdapat sebilangan masyarakat yang tidak malu apabila mengutuk dan memaki mufti yang mengeluarkan hukum haram bagi rentas negeri. Sudah begitu, berani pula mencabar supaya dikemukakan dalil.

Nah, sekarang nak kata apa lagi? Kes di negara ini semakin meningkat walaupun di negara jiran sudah agak stabil.

Ini membuktikan sikap keras kepala dan degil rakyat Malaysia dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan kini memakan diri sendiri.

PEMERHATI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya