Norma baharu kehidupan manusia yang terhasil daripada pandemik Covid-19 mencetus satu gelombang perubahan yang signifikan dalam pembentukan generasi masa depan. Dalam usaha membanteras wabak ini, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan seperti pengisytiharan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua pendekatan ini mengehadkan pergerakan dan pergaulan bersemuka dalam kalangan rakyat. Banyak sektor ekonomi dan sosial terpaksa ditutup. Dalam masa setahun, negara mula merasai kesan pandemik ini dengan kemuncupan ekonomi, ketidakstabilan politik, peningkatan jumlah pengangguran, penurunan tahap pendapatan rakyat, gangguan sistem pendidikan, serta gangguan emosi dan mental akibat tekanan kehidupan yang semakin mencengkam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya