Diarah pulang, kakak uzur terlepas suntikan vaksin - Utusan Malaysia

Diarah pulang, kakak uzur terlepas suntikan vaksin

PETUGAS kesihatan atau doktor perlu bijak menggunakan budi bicara sekiranya berlaku kekeliruan dalam janji temu suntikan vaksin melibatkan warga emas. – GAMBAR HIASAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 31 Mei lalu, kakak saya ke pusat vaksin untuk mendapat suntikan vaksin Covid-19 di Muar, Johor. Namun, timbul masalah apabila seorang doktor wanita bertugas mengarahkan kakak saya pulang dan membatalkan janji temu untuk menerima suntikan vaksin AstraZeneca yang dijadualkan pada 13 Jun lalu di Persada Johor Bahru.

Dia sebelum ini tidak menyedari mendapat slot untuk suntikan pada 31 Mei di Muar, malah permohonan untuk slot vaksin AstraZeneca pula dilakukan oleh anak saudara yang prihatin.

Dalam keadaan kesihatan kakak yang kurang memuaskan, adakah logik doktor berkenaan menyarankan dia pulang? Mengapa doktor berkenaan tidak mengambil pendekatan memberi sahaja suntikan tersebut kerana kakak sudah berada di pusat vaksin itu dan minta untuk membatalkan slot AstraZeneca yang dijadualkan di Johor Bahru?

Kakak saya berumur 65 tahun dan tinggal berdua dengan ibu tiri yang sudah uzur. Doktor tersebut dengan angkuh dan bongkak serta menggunakan nada tegas mengarahkan kakak pulang tanpa mendapat suntikan pada hari itu. Bayangkan perasaan kakak saya masa itu.

Inikah yang dikatakan doktor yang prihatin? Tiada rasa simpati dan empati langsung untuk warga emas yang bersungguh-sungguh hadir bagi mendapatkan suntikan, sedangkan ramai golongan sepertinya memilih untuk tidak hadir janji temu suntikan terutama di negeri-negeri sebelah utara dan Pantai Timur.

Petugas kesihatan diminta menggunakan akal dan budi bicara apabila berhadapan masalah seperti ini dan bukannya mengambil jalan mudah hanya kerana mereka berkuasa.

ADIK YANG PRIHATIN
Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya