DBKL disaran kaji semula tanaman, pemangkasan pokok di tempat awam - Utusan Malaysia

DBKL disaran kaji semula tanaman, pemangkasan pokok di tempat awam

DBKL disaran melakukan pemangkasan dahan secara lebih kerap dan berskala di kawasan Wangsa Maju dan Wangsa Melawati. – GAMBAR GOOGLE STREETVIEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENANAMAN pokok-pokok sebagai landskap di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat wajar dan patut demi kecantikan dan sebagai peneduh.

Bagaimanapun, kebanyakan pokok di bahu jalan, di atas pembahagi jalan dan kawasan lain yang terlalu besar dan tinggi mungkin boleh membawa bahaya kepada pengguna jalan raya dan penduduk sekitar.

Ini kerana dahan atau pokok itu dikhuatiri patah atau tumbang. Walaupun banyak pokok ditebang oleh DBKL, masih ada pokok yang terlampau besar dan tinggi di sekitar Wangsa Maju dan Wangsa Melawati.

Dalam tempoh beberapa bulan ini, banyak kejadian dahan patah dan pokok tumbang, lebih-lebih lagi ketika musim hujan lebat serta angin kencang. Cuaca buruk ini akan menyebabkan lebih banyak pokok besar dan berusia patah serta tumbang. Sudah tentu keadaan ini sangat merbahaya kepada nyawa manusia, kereta dan harta benda.

Elok sekiranya pemangkasan dahan dilakukan lebih kerap dan berskala dengan hanya meninggalkan dahan yang tidak menambah beban berat pokok dan mana-mana pokok yang tahap bahayanya tidak kritikal serta tidak merosakkan struktur jalan tidak perlu ditebang.

Mungkin lebih baik pokok-pokok peneduh di kawasan DBKL ini dihadkan ketinggian dengan tidak melebihi sembilan meter supaya tidak terlalu berat dengan bebanan dahan dan daun.

DBKL juga disaran menggantikan pokok sedia ada yang besar dan tua dengan spesies tumbuhan yang tidak membesar hingga berpuluh-puluh meter. Justeru, adalah lebih baik jika DBKL merancang dan menentukan semula jenis pokok yang sesuai ditanam di tepi jalan, bahu jalan dan kawasan perumahan bagi mengelak perkara tidak diingini. Ini kerana tidak semua pokok sesuai ditanam di tepi jalan, kawasan perumahan atau tanah lapang.

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya