Buang pemimpin tidak ‘bertauliah’ pada PRU-15 - Utusan Malaysia

Buang pemimpin tidak ‘bertauliah’ pada PRU-15

TRAGEDI kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya menjadi iktibar kepada pemimpin agar lebih sensitif dan bijak dalam mengendali situasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERLUCUTAN jawatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) adalah satu keputusan yang tepat.

Sikap tidak bertanggungjawab dan main-main yang ditonjolkan beliau dalam sidang akhbar mengenai tragedi kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya telah mencetuskan kemarahan rakyat.

Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pengerusi sesebuah syarikat milik kerajaan (GLC) tidak sepatutnya dilantik dalam kalangan orang politik. Sebaliknya dipilih berdasarkan mereka yang memiliki pengalaman, pengetahuan dan terdiri daripada ahli profesional untuk menerajui syarikat tertentu.

Dengan apa yang yang berlaku, amat menyedihkan apabila tindakan memberhentikan Tajuddin dipersoalkan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi. Beliau mempertikai tindakan dan meminta kerajaan mengeluarkan surat tunjuk sebab atas ‘kerosakan’ yang dilakukan oleh Tajuddin.

Bagaimana seorang yang berperwatakan seperti Mohd. Puad dilantik sebagai pemimpin? Ini kerana beliau sanggup menegakkan benang basah demi kepentingan politik.

Sepatutnya pemimpin mestilah menegakkan hak dan bukannya yang batil.

Saya menyeru kepada semua rakyat agar membuang terus pemimpin sebegini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

RAKYAT PRIHATIN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya