DEMOKRASI tidak mengenyangkan anak-anak keluarga miskin yang menangis kelaparan. Mereka terus berlapar walaupun menghuni negara demokratik. Demokrasi tidak mungkin menjawab di mana harus ibu dan bapanya mengadu tatkala ekonomi semakin menguncup dan lorong rezeki semakin menirus. Bagi rakyat, apa lagi yang marhaen kais pagi makan pagi, demokrasi tidak mengubah kehidupan mereka yang penuh lelah. Teriakan demokrasi yang bergema di segenap penjuru tidak lebih mantera perlumbaan kuasa. Demokrasi ‘kain pelekat’ hanya pelunak kata, bukan memanis kehidupan yang pahit. Anak-anak muda lepasan universiti yang tidak punya pekerjaan atau terpaksa menjadi penghantar makanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya