Tugas pegawai perhubungan awam penuh cabaran - Utusan Malaysia

Tugas pegawai perhubungan awam penuh cabaran

PEGAWAI perhubungan awam memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat sama ada melalui media massa atau pengiklanan. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KOMUNIKASI merupakan hal yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia masa kini. Dalam sesebuah kementerian, jabatan atau agensi awam, komunikasi dilakukan melalui interaksi antara organisasi dan orang ramai.

Dalam konteks ini, pegawai perhubungan awam yang kompeten memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas-tugasnya agar orang awam menerima maklumat secara jelas.

Selain itu, komunikasi dua hala dan timbal balik antara kementerian dengan orang awam perlu dalam usaha meningkatkan pembinaan kerjasama, kesalingan serta pemenuhan tanggungjawab secara kolektif.

Dalam menjalankan fungsi publisiti, pegawai perhubungan awam perlu menyediakan maklumat yang tepat untuk disalurkan kepada media. Maklumat yang disalurkan diperhalusi supaya mempunyai nilai berita yang tinggi. Begitu juga dalam menyebarkan maklumat melalui pengiklanan.

Fungsi berikutnya adalah ejen akhbar. Ia ada persamaan dengan publisiti, namun ejen akhbar lebih bertujuan mendapatkan pemberitaan media massa daripada membangun pengertian publik dalaman dan luaran.

Perhubungan awam boleh menjadi bidang yang mencabar dan sukar, namun sekiranya melaksanakan tugas dengan teratur sudah pasti mencapai tahap keseronokan serta kepuasan bekerja sekali gus dapat membina laluan kerjaya yang lebih baik selain dapat meningkatkan peluang untuk berjaya.

Justeru, mereka yang bercita-cita atau sudah pun dalam lapangan ini boleh menambah kemahiran melalui penulisan korporat dengan baik, menyelidik untuk mendapatkan maklumat, menguasai teknologi dan berintegriti dalam melaksanakan tugas.

Sememangnya peranan pegawai perhubungan awam sedia ada sangat penting untuk mendominasi perkhidmatan bagi menyampaikan maklumat kepada orang awam melalui pelbagai medium komunikasi secara terancang dan teratur yang memerlukan sokongan semua pihak sama ada diperingkat kementerian, jabatan serta agensi tempat mereka bertugas tanpa perlu penglibatan orang luar sebagai ketua yang tidak cekap dan kurang berusaha.

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya