TLDM perlu aset canggih - Utusan Malaysia

TLDM perlu aset canggih

KAPASITI aset TLDM perlu diperkemas dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, Indonesia kehilangan sebuah kapal selam, KRI Nanggala-402.

Kapal selam itu yang berusia 44 tahun mula dibina oleh syarikat perkapalan Jerman, Howaldtswerkw-Deutsche Werft.

Ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam terbabit, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut menggerakkan kapal penyelamat kapal selam, MV Mega Bakti yang berpangkalan di Teluk Sepanggar, Sabah.

MV Mega Bakti yang mula beroperasi sejak 2013 ialah kapal yang dibina oleh syarikat Singapura. Langkah itu membuktikan komitmen kerajaan untuk menghulurkan bantuan kepada negara jiran dan komuniti antarabangsa yang memerlukan.

Pelaksanaan operasi SAR ke atas KRI Nanggala-402 dalam masa singkat membuktikan keupayaan dan ketersediaan TLDM dalam mengatur gerak asetnya dalam aspek pengoperasian.

Secara amnya, TLDM memiliki kelengkapan aset kapal perang dan peronda untuk melindungi perairan negara yang sangat luas. Bagaimanapun, operasi SAR di Indonesia baru-baru ini menunjukkan terdapat kelemahan yang amat ketara dengan aset sedia ada.

MV Mega Bakti misalnya mempunyai kenderaan bawah air kendalian jarak jauh (ROV) yang boleh beroperasi pada had maksimum 400 meter sahaja dan tidak sesuai untuk operasi menyelamat di laut dalam.

Justeru, demi keselamatan dan kesejahteraan negara, kerajaan perlu mengambil usaha untuk meneliti kembali keupayaan aset TLDM sedia ada.

Insiden kapal selam tentera Indonesia itu membuktikan kapasiti aset TLDM perlu diperkemas dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

DR. IZYAN MUNIRAH MOHD. ZAIDEEN
Pensyarah Fakulti Pengajian Maritim
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya