Terkejut tanah pusaka diambil orang - Utusan Malaysia

Terkejut tanah pusaka diambil orang

PEMINDAHAN milik tanah pusaka tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa kebenaran waris. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SIAPA yang tidak terkejut apabila tanah pusaka diceroboh dan ditukar milik oleh orang lain tanpa diketahui oleh warisnya.

Begitulah satu kejadian berlaku ke atas tanah pusaka seluas kurang seekar (0.4 hektar) di sebuah kampung di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Kami hanya mengetahui perkara itu selepas berkunjung ke Pejabat Tanah Kuala Kangsar untuk urusan harta pusaka. Terkejut apabila diberitahu oleh pihak berkenaan bahawa tanah pusaka kami telah dimiliki oleh orang lain dan pemilik utama sudah bertukar kepada pemilik baharu.

Alangkah sedih dan terkejut serta sayu hati apabila mengetahui tanah pusaka arwah ibu diambil orang tanpa pengetahuan kami.

Ikutkan hati mahu membuat laporan polis tapi ada pihak yang mendesak untuk mengambil tindakan mahkamah.

Persoalan timbul, bagaimana pemilik tanah baharu memberitahu tanah tersebut tidak berwaris sedangkan kami empat beradik adalah waris sebenar, malah pihak berkuasa pula percaya dan termakan kata-katanya dan menukar hak milik.

Untuk peringatan semua, berhati-hatilah terhadap harta tanah yang dimiliki supaya tidak diceroboh oleh pihak lain secara haram.

WARIS TERDEKAT
Kuala Kangsar, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya