Suatu hari nanti, orang berterima kasih kepada Pak Long Mail - Utusan Malaysia

Suatu hari nanti, orang berterima kasih kepada Pak Long Mail

Tidak wajar menyalahkan Ismail Sabri Yaakob seorang atas segala peraturan yang ditetapkan kerajaan dalam membendung Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIDAK adil meletakkan semua kesalahan di atas bahu pemimpin yang dilihat bekerja keras memastikan kesejahteraan seluruh rakyat di negara ini bebas daripada wabak Covid-19.

Pastinya tidak wajar sekadar menyalahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Pak Long Mail bersendirian di atas segala kenyataan atau peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Sememangnya ada pro dan kontra jika dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berpanjangan. Pastinya ekonomi dan pendapatan individu akan terjejas.

Namun setelah dilonggarkan, ternyata bilangan kes harian Covid-19 meningkat.

Seharusnya kita bersyukur. Banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat tapi kita masih menyalahkan orang lain, malah menjadikan Pak Long Mail sebagai ‘kambing hitam.’

Bila mana kejayaan dicapai, tidak pula Menteri Kanan (Keselamatan) ini diberi kredit. Begitu mudahnya kita meletakkan sesuatu kesalahan ke atas bahu pihak lain.

Namun, pasti suatu hari nanti, orang akan berkata: “Terima kasih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pasukan kerana telah banyak berkorban untuk memulihkan negara daripada Covid-19.”

Apa yang kita perlu lakukan, turuti segala perancangan yang telah dirangka oleh kerajaan. Semuanya untuk kesejahteraan rakyat.

Di sinilah pengorbanan yang perlu kita jayakan demi menghapuskan Covid-19 daripada terus menular.

Mari kita bantu Pak Long Mail dan pasukannya ‘membanteras’ pandemik ini sehingga berjaya.

Selamat berjaya rakyat Malaysia, insya-Allah.

HISHAMUDDIN AYOB
Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya