Rebutlah kebaikan Ramadan - Utusan Malaysia

Rebutlah kebaikan Ramadan

IBADAH puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sebaliknya inilah bulan mulia untuk kita berubah ke arah kebaikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP kali masuknya tahun baharu, menjadi kebiasaan orang ramai memperbaharui azam masing-masing dengan penuh semangat. Namun, kita tidak sedar, memperbaharui atau tajdid azam apabila memasuki Ramadan adalah antara elemen terpenting dalam sebuah perjalanan menjadi hamba Allah SWT yang bertakwa.

Oleh itu, berazamlah dengan memperbetulkan niat untuk menjadikan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dengan menetapkan azam yang jelas dan tidak membebankan supaya dapat diamalkan secara berterusan.

Selain itu, perbanyakkanlah doa kepada Allah SWT agar dikurniakan keteguhan iman serta terhindar daripada segala kesesatan dengan memperbanyak bacaan doa ini yang membawa maksud: “Wahai Tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi kurnia.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 8)

Antara azam yang baik adalah untuk istiqamah dalam menunaikan ibadah serta amalan-amalan mulia lain seperti solat sunat tahajud serta solat sunat sebelum fajar.

Dalam situasi negara yang masih lagi dilanda pandemik Covid-19, beribadat merupakan salah satu kunci terbaik bagi menyeimbangkan semula rohani dan jasmani yang kian meruncing.

Teruskanlah istiqamah dalam bermujahadah untuk menjadi yang terbaik di dunia serta di alam akhirat nanti.

NURUL HAJAR JAMALUDDIN
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya