TEMPOH tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Ampang membuktikan betapa penduduk kawasan itu senang dan berpuas hati dengan khidmat yang disediakan oleh DATUK ZURAIDA KAMARUDDIN. Namun, sudah kedengaran suara-suara mahu mencabarnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. Mampukah bekas Naib Presiden PKR ini mempertahankan kerusi Parlimen Ampang selepas meninggalkan parti itu bersama beberapa rakan seperjuangan, antaranya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (timbalan presiden) pada Februari tahun lalu? Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZABRY MOHAMAD MADZLAN, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkongsi pengalaman dan hala tuju sebagai wakil rakyat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya