PDRM bukan tunggangan politik - Utusan Malaysia

PDRM bukan tunggangan politik

ANGGOTA PDRM perlu berpegang pada prinsip dan tanggungjawab dengan penuh integriti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SIDANG akhbar bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini mendedahkan kononnya wujud intimidasi keras dilakukan oleh ahli politik.

Malah beliau dengan berani menamakan menteri yang cuba mengatur turun naik pangkat perjawatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak sepatutnya berlaku.

Kini tanggungjawab menyelesaikan isu itu diserahkan kepada Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah.

Tugasan pertama beliau adalah mempertahankan PDRM daripada diperalatkan oleh ahli politik.

Beliau wajar menghentikan campur tangan politikus dalam menentukan pertukaran pegawai dan menyahut cabaran Abdul Hamid untuk menukar Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) supaya badan tersebut tidak lagi diperkudakan oleh sesetengah individu demi kepentingan politik peribadi mereka.

Sebagai salah satu barisan pertahanan negara, PDRM perlu menentang segala salah guna kuasa dan memastikan ia tidak menjadi tunggangan mana-mana ahli politik.

Tugas anggota polis adalah mempertahankan negara dan bukannya menjadi ‘hamba’ ahli politik.

Seperti yang disebut Abdul Hamid, berpeganglah pada prinsip dan jalankan tanggungjawab dengan penuh integriti.

Kami rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih atas khidmat cemerlang dan kegigihan Abdul Hamid sepanjang mengetuai pasukan itu bagi mengembalikan integriti PDRM.

Besar harapan saya untuk melihat perubahan yang lebih positif di bawah pentadbiran Ketua Polis Negara yang baharu.

YUSLAINI AZMI
Ketua Wanita Muda AMK Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya