Bunyinya kedengaran gah! Namun, di sebalik nama itu, selain menjadi lubuk kaki pancing, ada rahsia lain yang mungkin tidak diketahui umum. Siapa sangka, rumah api ini yang berfungsi membantu kapal-kapal belayar di Selat Melaka rupa-rupanya menjadi ‘kompas’ penting kepada tekong-tekong bot yang membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya dari Indonesia ke perairan Selangor melalui Pulau Ketam pada waktu malam. Cahaya lampu dari Rumah Api One Fathom Bank menjadi panduan kepada mereka supaya tidak tersasar ke tempat lain. Lagipun jarak Pulau Ketam dalam daerah Klang dan Tanjung Balai, Sumatera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya