Imej mufti terjejas gara-gara jatuh hukum haram - Utusan Malaysia

Imej mufti terjejas gara-gara jatuh hukum haram

MUFTI Wilayah Persekutuan menetapkan hukum haram bagi mereka melanggar larangan merentas negeri sempena Hari Raya Aidil tri mencetuskan kontroversi, baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIMBUL pertanyaan mengenai tindakan institusi fatwa sebagai badan pengeluar hukum yang menggunakan sumber dan kaedah sad dharaa’i bagi tujuan menyekat atau mencegah sesuatu penyakit termasuk Covid-19.

Saya melihat kaedah ini hanya berasas sangkaan semata-mata walaupun merujuk kepada Kementerian Kesihatan dalam mengenal pasti data-data pesakit, namun terdapat juga maklumat mengenai mangsa positif Covid-19 yang dimanipulasi antara lain bermotifkan politik.

Jika dakwaan ini benar, maka malang bagi rakyat yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kerajaan.

Maka, institusi itu perlu memainkan peranan dalam meneliti dari pelbagai sudut termasuk aspek interaksi sosial, sosioekonomi dan budaya masyarakat.

Apakah proklamasi darurat ini bertepatan dengan suasana yang menyebabkan fatwa itu dikeluarkan?

Persoalan seterusnya adakah kaedah sad dharaa’i yang disandarkan wabak penyakit taun masa lalu masih dianggap relevan dalam menangani pandemik Covid-19?

Buktinya, pendekatan tersebut dilihat tidak menampakkan kesan sebaliknya jumlah kes jangkitan melonjak tinggi.

Bukan niat untuk mempertikaikan atau mempersoalkan institusi itu, namun mengutamakan teori saintifik dengan membelakangkan syariat dalam usaha mencari solusi terbaik tidak sepatutnya berlaku.

Buktinya, suntikan vaksinasi itu pun dilihat gagal apabila terdapat kesan sampingan lain.

Dalam pada itu, tuduhan terhadap orang awam yang cuba menghina mufti perlu dipandang dari sudut positif kerana masyarakat hari ini terdedah kepada saluran
maklumat.

Sebagai contoh, adakah menteri agama termasuk agamawan dan selebriti yang melanggar fatwa itu dianggap tidak bersalah dan kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang?

Sebaliknya jika kesalahan itu dilakukan oleh rakyat biasa, sudah pasti dikenakan kompaun mencecah puluhan ribu ringgit.

Mengapa institusi fatwa tidak mengambil serius isu melibatkan kepentingan hak dan meletakkan keadilan terhadap orang awam?

Adakah institusi fatwa sekadar lepas tangan dalam perkara bersangkutan pemerintah tetapi hanya campur tangan apabila mendapati rakyat melanggar peraturan
sehinggakan sampai menjatuhkan hukum haram?

Tidakkah gambaran yang disebutkan ini sedikit sebanyak akan mencalarkan imej mufti termasuk institusi fatwa itu sendiri bahkan mengundang kontroversi yang
terkesannya itu nanti masyarakat boleh hilang rasa hormat terhadap ulama dan institusi fatwa.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya