SAUDARA PENGARANG,
SEBELUM ini media pernah melaporkan bantuan i-Sinar yang diberikan kerajaan dalam usaha membantu rakyat berdepan cabaran penularan pandemik Covid-19 berjaya membantu pelanggan menebus semula barangan kemas di kedai pajak gadai.
Ketika itu, penebusan barang gadaian meningkat sehingga 30 peratus kerana rakyat memiliki kewangan yang stabil untuk meneruskan kehidupan.
Sekalipun negara berjaya mengekang pandemik ini, barangan kemas perlu disimpan sebagai pelaburan dan dicairkan hanya pada saat getir dan tiada pilihan lain ketika itu.
Nasihat saya agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan iklan atau ajakan daripada rakan mahupun keluarga untuk mencairkan barangan kemas. Inilah satu-satunya aset yang boleh membantu kita pada suatu hari nanti.
ZANARIAH
Kedah