Hargailah jasa ibu - Utusan Malaysia

Hargailah jasa ibu

KASIH sayang seorang ibu tiada tandingan dalam membesarkan dan mencorakkan anak-anak. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia. Buktinya, ramai ibu zaman lampau berjaya melahirkan insan hebat yang dapat menabur jasa dan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Masakan tidak, kejayaan itu kerana berkatnya air tangan ibu yang benar-benar membekas dalam membentuk sebuah keluarga yang hidup dalam suasana aman tenteram, damai dan penuh bahagia sekalipun hidup berumahkan atap rumbia.

Hidangan hasil air tangan ibu pada masa lalu dicurahkan dengan sepenuh kasih sayang lalu ditumpahkan kepada anak-anak bagaikan ditatang minyak yang penuh, manakala penghormatan seorang isteri terhadap suaminya (ibu kepada si bapa) disantuni dengan hati setulus ikhlas. Sungguh mulianya hati seseorang yang bergelar ibu.

Harta benda wang ringgit ketika itu bukanlah segala-galanya kerana boleh dicari akan tetapi kasih sayang seorang ibu tiada tolok galang gantinya.

Sekalipun terdapat ramai ibu di luar sana namun tetap hanya satu dalam seribu di mata kita seorang anak.

Jika masih berkesempatan, jenguklah ibu dan tataplah wajahnya kerana dengan berbuat demikian sudah pasti ganjaran syurga sebagai balasannya.

Kenangilah jasa dan pengorbanan kasih sayang seorang ibu. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya