“JAGA kain sendiri sudah, kain sendiri pun hendak terlondeh.”
Itu antara beberapa status rakyat negara ini termasuk selebriti dalam media sosial yang memperlekeh kesungguhan Bawang Rangers dan ‘sekutu’ netizen yang lain menyerang laman sosial Israel terutamanya Israel Defense Forces (IDF) berhubung serangan ke atas Palestin yang masih berterusan.
Saya petik lagi – Bukan main lagi hal negara orang hendak sibuk-sibuk hal negara sendiri pun tak selesai lagi.
Ada juga yang kata, tak payah beria-ia benarlah, buat hal sendiri sudah.
Bagi saya, tindakan mereka yang menyuarakan rasa marah dan memberi sokongan kepada penduduk Gaza itu adalah lebih baik daripada asyik menayang muka dalam media sosial untuk dapat likes dan pujian.
Yalah, ada saja akal golongan sebegini untuk berswafoto konon hendak tunjuk muka demamlah, pucatlah, rambut degillah susah nak urus walhal sebenarnya mahu dapat perhatian supaya orang ramai memuji dirinya cantik dan macam-macam cara lagi untuk menonjolkan diri dalam laman sosial.
Ia juga lebih baik, daripada merasakan diri sendiri sentiasa betul, orang lain semuanya salah dengan status dan ciapan yang berbau bangga diri dan entah apa-apa itu.
Tahukah bahawa ramai anak muda atau yang berusia sekali pun sudah mula mencari-cari tentang sejarah Palestin dan pencerobohan Israel serta kezalimannya? Walaupun ada yang menganggapnya sebagai satu ‘mitos’ kononnya. Ada yang sudah faham sebab musabab pasport kita tertera tidak sah digunakan ke Israel kerana Malaysia tidak bersetuju dengan penubuhan ‘negara’ Israel itu.
Dengan sentiasa berinteraksi dalam laman Twitter terutamanya saya melihat banyak soalan yang mereka ajukan sesama mereka mengenai siapa Hamas, Fatah, Al-Qassam, Hizbullah dan Israel. Mereka berkongsi pengetahuan. Ramai antaranya anak muda yang sangat berminat dan memandang berat isu keganasan ini. Ada yang mengaku, mereka baru tahu dan mendapat banyak ilmu dengan perbincangan itu. Siapa kata ini kerja sia-sia berbanding menayang muka?
Cuma janganlah cedok segala maklumat yang ada dalam laman sosial kerana ada yang tidak betul, dan menyebarkannya.
Ada bertanya kenapa rakyat kita pula hendak menyibuk? – Kalau anda seorang Muslim tidak ada rasa apa-apa apabila melihat saudara seagama dibom beramai-ramai, ditembak, dirogol, disepak terajang, lebih baik terjun sungai. Itu jawapannya. Dan tidak perlu tunggu menjadi seorang Muslim untuk ada segala rasa kemanusiaan itu.
Pada saya, bangkit menentang kezaliman terhadap saudara sesama agama itu satu hal, mendapat ilmu dengan mengetahui sejarah penindasan Israel terhadap Palestin itu satu hal lain yang baik. Taklah duduk seperti di bawah tempurung hanya mahu membincangkan isu-isu dalam negara sahaja. Hal global tak mahu ambil tahu.
Dan tak akanlah asyik nak bercakap pasal Covid-19 atau pasal tak boleh balik kampung atau golongan kayangan boleh langgar SOP? Kita pun dah naik bosan dan rimas dengan cerita pandemik yang tak habis-habis ini.
Lagi pun, netizen negara ini sudah banyak kali bercakap mengenainya. Nak cakap pasal Covid-19 sampai bila pun tak habis, kalau hanya tahu pertikai dan komplen tetapi membiarkan otak berhabuk tak beri idea, setakat bising-bising saja pun tidak membawa makna dan manfaat juga.
Ada yang kata isu Palestin diserang berjaya mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala kemelut politik dan masalah dalam negara ini ? Jangan haraplah. Cuba ada artis yang beli karpet rentas negeri lagi sekali atau menteri pergi beraya. Tentu teruk kena serang dengan netizen. Jangan ‘koyak’ sangatlah hal netizen ini.
Hal Bawang Rangers dan Palestin
- Oleh Fauziah Md Arof
- 16 Mei 2021, 12:36 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Tags: ahad dah ke
BERITA BERKAITAN
Apabila guru ‘telan’ saja perangai ibu bapa
7 Ogos 2022, 7:53 am
‘Rembat’ sajalah kerja yang ada
24 Julai 2022, 7:09 am
Buka cerita rumah tangga di media sosial – Tepuk air di dulang, kena muka sendiri
10 Julai 2022, 11:37 am