Setiap tahun, kedatangan Ramadan disambut penuh kesyukuran oleh umat Islam di seluruh dunia. Kebiasaannya, kita berusaha sedaya-upaya untuk memanfaatkan masa lapang dengan mengerjakan amalan yang baik dan meninggalkan aktiviti tidak berfaedah. Suasana di surau dan masjid menjadi lebih meriah berbanding bulan-bulan lain, khususnya ketika solat tarawih. Alangkah baiknya jika semua amalan baik yang kita lakukan sepanjang bulan yang penuh berkat ini berterusan sepanjang tahun dan tidak terhenti sebaik sahaja berakhirnya Ramadan. Betapa indahnya jika surau dan masjid sentiasa diimarahkan pada setiap masa. Kita akan menjadi insan yang lebih baik jika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya