Cadangan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan melebihi amalan semasa 35 tahun kembali dibicarakan dalam arena perkembangan sektor hartanah semasa. Kali ini, objektif utamanya dikatakan untuk membantu kumpulan isi rumah berpendapatan terendah 40 peratus (B40) khususnya di kawasan bandar untuk memiliki rumah mereka sendiri. Umumnya, objektif untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri ialah satu matlamat yang murni. Hal demikian kerana memiliki tempat tinggal yang selamat dan selesa merupakan salah satu daripada keperluan asasi manusia. Oleh itu, jalan untuk merealisasi matlamat murni ini harus dilakukan dengan cara yang betul, tidak mengelirukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya