Bahaya tidak kawal anak guna gajet, permainan video - Utusan Malaysia

Bahaya tidak kawal anak guna gajet, permainan video

IBU bapa tidak harus lepas tangan dengan membiarkan anak-anak terdedah kepada gajet tanpa pantauan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ERA teknologi serba moden dan tanpa batas membolehkan komunikasi berjalan dengan lancar tanpa sempadan.

Ini menyebabkan skop pergaulan menjadi semakin luas dengan latar belakang yang berbeza seperti umur, jantina, hobi, gaya hidup ataupun sistem pendidikan.

Ini menyebabkan ramai ibu bapa paranoid untuk memberi kebebasan kepada anak menikmati kehidupan dengan cara tersendiri.

Kemudahan telefon pintar kini menjadi keperluan dalam proses pembelajaran menyebabkan mahu tidak mahu ibu bapa perlu melaburkan sedikit wang untuk gajet agar anak mereka tidak ketinggalan ketika mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Namun, anak-anak perlu sentiasa diawasi.

Ini kerana mereka memiliki ruang dan peluang yang besar untuk menyalahgunakan kemudahan ini dengan terlibat dalam pergaulan bebas, seks dan jenayah.

Kajian menunjukkan terdapat kemerosotan psikologi remaja selari dengan peningkatan penggunaan telefon pintar termasuk obesiti, kurang bersosial, kurang kreatif dan kurang tidur.

Sekiranya ibu bapa mula menyedari perubahan sikap anak, mereka perlu segera mengambil tindakan dengan memantau laman web atau permainan video yang menjadi pilihan.

Jangan sia-siakan masa depan anak-anak kerana kesibukan kita mengejar harta dunia.

Kawal gerak geri dan minat mereka agar negara tidak ketandusan generasi berwibawa pada masa akan datang.

Pada masa sama, ibu bapa perlu menetapkan peraturan seperti masa, kandungan video atau permainan serta memastikan mereka disiplin mematuhinya.

BAZLI
Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya