Bahana perang politik ruang siber - Utusan Malaysia

Bahana perang politik ruang siber

TENTERA siber hanya diupah untuk memuat naik pelbagai berita dalam internet meskipun maklumat yang diberikan adakalanya tidak sahih. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERANG politik ruang siber di Malaysia bermula sekitar 1998 semasa gerakan reformasi bagi meluahkan ketidakpuasan masyarakat terhadap dominasi pemerintah.

Mutakhir ini, perang dalam alam maya tidak hanya dikuasai oleh parti politik pembangkang bahkan turut dimanfaatkan parti pemerintah.

Sebenarnya, kredibiliti pelaporan berita di ruang siber lebih mendapat perhatian berbanding media tradisional.

Langkah mewujudkan cybertrooper (tentera siber) yang bertujuan membolehkan individu atau pesaing politik dimalukan dan dihancurkan kredibiliti di khalayak umum jelas menjejaskan moral dalam berpolitik.

Tentera siber hanya diupah untuk memuat naik pelbagai berita dalam internet meskipun maklumat yang diberikan adakalanya palsu atau sekadar propaganda untuk mencetuskan persepsi negatif masyarakat terhadap musuh politik.

Setiap parti politik saling terlibat menjayakan budaya membenci dan memfitnah kerana perbezaan fahaman politik tanpa ada keinginan untuk membahaskan secara praktikal isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Perang politik ruang siber lebih cenderung untuk mengambil sikap permusuhan dengan saling tuduh-menuduh sehingga tiada lagi sikap kepedulian dan kebertanggungjawaban terhadap kesejahteraan rakyat.

Menurut ajaran Islam, kebebasan seharusnya tertakluk kepada kuasa yang lebih tinggi.

Walaupun setiap individu bebas memberikan pandangan berhubung isu politik, pentadbiran dan kenegaraan, namun hal tersebut haruslah menitikberatkan prinsip kebertanggungjawaban.

Kebebasan ruang siber penting kepada kebebasan politik tetapi kebebasannya adalah dalam bahaya melainkan ia menjadi suatu kebebasan yang bertanggungjawab untuk kebaikan semua.

DR. ILYAS ABDULLAH
UiTM Pahang, Kampus Raub

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya