UMNO hanya menempah kubur - Utusan Malaysia

UMNO hanya menempah kubur

AHLI UMNO sendiri mahu melihat muka-muka baharu diangkat sebagai pemimpin parti. – GAMBAR HIASAN/UMNO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RATA-rata orang bercakap mengenai kemungkinan UMNO menjalin kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam membentuk jajaran politik baharu dan perkara itu tidak disukai.

UMNO perlu sedar, kawasan yang ditandingi oleh PKR dalam beberapa pilihan raya umum lalu diduduki oleh masyarakat berbilang bangsa sementara kawasan DAP pula dimonopoli pengundi Cina.

Sekiranya parti keramat Melayu itu masih berniat bergabung dengan PKR dan DAP, ia dilihat sebagai memberi laluan kepada pemimpin dari kedua-dua parti untuk menjadi perdana menteri.

Sebelum membuat keputusan untuk bergabung, lebih baik UMNO membersihkan imej pemimpin terutama mereka yang bakal diangkat sebagai presiden parti.

Ahli UMNO seramai 3.5 juta orang sedang menunggu perkembangannya. Sebelum itu, terdapat segelintir pemimpin parti menyatakan akan bertanding bersendirian menggunakan lambang Barisan Nasional (BN), namun keputusannya sentiasa berubah-ubah.

Pada pandangan saya, jalan terbaik adalah UMNO mengadakan pemilihan pemimpin dalam parti sebelum PRU-15 diadakan.

Sekiranya pemimpin UMNO yang masih ada sekarang terus diketengahkan, sudah pastinya parti ini akan berkubur.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya