SAUDARA PENGARANG,
SAYA merujuk kenyataan selebriti tanah air, Datin Seri Maria Farida Atienza dalam satu artikel di Utusan Malaysia mengenai dirinya yang masih belum bersedia untuk menutup aurat.
“Saya tak nak pakai tudung hanya untuk puaskan hati orang. Biarlah kita pakai dengan hati yang ikhlas,” kata Maria Farida dalam laporan itu.
Apabila seseorang itu akil baligh, maka wajiblah menutup aurat dengan sempurna. Kita sebagai hamba Allah SWT mahu atau tidak mahu mesti belajar untuk tunduk dan patuh kepada ajaran Islam.
Mengenai teguran atau peringatan, itu adalah satu kewajipan sesama Islam. Masalah sudah sampai seru atau belum bukan fahaman Islam. Perlu diingatkan, Islam adalah agama wahyu dan bukan ciptaan manusia yang boleh diputar belit oleh hukum akal.
BAHARUDDIN SAMEK
Muar, Johor