SAUDARA PENGARANG, TADARUS al-Quran menjadi amalan penting bagi umat Islam setiap kali tiba Ramadan dengan matlamat untuk khatam (habiskan bacaan) al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang bulan ini. Secara mudah, tadarus bermaksud kegiatan pembacaan al-Quran oleh peserta dengan diselia oleh guru sambil membetulkan lafaz dan tajwid di samping mengungkap makna dan pentafsirannya. Dengan menyertai kumpulan tadarus al-Quran, sekurang-kurangnya ada orang yang kurang mahir membaca al-Quran akan dapat belajar daripada mereka yang sudah mahir. Asasnya, amalan tadarus al-Quran itu termasuk dalam perkara yang digalakkan dan dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran pahala besar dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya