SAUDARA PENGARANG,
MEWAKILI Persatuan Penduduk dan Unit Rukun Tetangga Taman Kuala Bekah (Penaga), Kepala Batas di Pulau Pinang, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), khususnya Ahmad Sharimi Ismail, Mohd. Aswad Abdul Karim, Azathul Shima Abrahan dan kakitangan Kedai Tenaga di Seberang Jaya.
Akhirnya, kebimbangan dan kerisauan berhubung keadaan tiang elektrik yang condong disebabkan kerja-kerja dilakukan pihak kontraktor Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) berjaya diselesaikan selepas menerima aduan penduduk.
Keluhan dan kerisauan kami mendapat tindakan segera oleh Team Engagement Penang TNB dan Kedai Tenaga Seberang Jaya serta direalisasikan oleh keperihatinan pasukan teknikal mereka dalam memastikan penduduk dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala tanpa sebarang bahaya.
Teruskan keprihatinan kalian untuk membantu orang awam yang memerlukan khidmat anda. TNB Prihatin.
PENAGA
Kepala Batas, Pulau Pinang