Terapi hutan lebih murah, mudah hilang stres - Utusan Malaysia

Terapi hutan lebih murah, mudah hilang stres

TERAPI hutan lebih tertumpu kepada kita menjiwai persekitaran yang dipenuhi pokok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAEDAH terapi hutan mampu mengurangkan kadar stres secara lebih mudah dan murah berbanding aktiviti-aktiviti riadah di luar rumah yang lain seperti mendaki dan berjoging.

Malaysia mempunyai banyak hutan dan kawasan hijau dalam bandaran yang boleh dijadikan pusat terapi hutan.

Kajian terhadap kesan meluangkan masa di taman bandar yang dijalankan ke atas pelajar universiti dan wanita yang bekerja di pejabat menunjukkan kesan positif dari segi pengurangan kadar tekanan mereka.

Terapi hutan lebih tertumpu kepada kita menjiwai persekitaran yang dipenuhi pokok. Kita boleh berjalan dan berhenti seketika atau mengambil masa seberapa lama yang diperlukan untuk menghilangkan stres.

Kawalan pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyebabkan aktiviti lapangan sedikit terbantut, namun terapi hutan boleh dilaksanakan di taman awam, taman di kawasan perumahan atau dalam kawasan rumah yang mempunyai pokok-pokok.

Kos menjalankan terapi hutan juga tidak tinggi seperti di kawasan hutan yang mudah untuk dilawati. Bagaimanapun, teknik pengendaliannya perlu mengikut keperluan peserta dan keadaan alam sekitar agar kesan positif dapat dirasai.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai terapi hutan boleh menghubungi saya melalui emel [email protected].

DR. DALJIT SINGH
Pengetua Kolej 14
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya