Tarik semula pangkat jika bersalah - Utusan Malaysia

Tarik semula pangkat jika bersalah

PENERIMA pingat atau darjah kebesaran perlu menjaga gelaran yang diberikan tanpa melibatkan diri dengan kesalahan jenayah. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUTAkHIR ini terlalu banyak kes kesalahan jenayah membabitkan penerima pangkat dikurniakan sultan, raja atau yang dipertua sesebuah negeri sehingga mencemari nama baik institusi diraja.

Sejajar dengan kesalahan yang dilakukan, saya mencadangkan individu yang disabitkan dengan kesalahan jenayah seperti dadah, salah guna kuasa, rasuah dan kes berskala besar oleh mahkamah wajar ditarik semula pingat atau anugerah yang diterima.

Pengguguran pingat tersebut perlu dilakukan secara automatik oleh mahkamah. Oleh itu, saya menyarankan dikaji semula akta berkaitan agar nama baik institusi diraja tetap dipelihara.

Cadangan ini juga memberi kebaikan kepada semua pihak kerana kerajaan dilihat tegas dan tidak berkrompomi apabila mahkamah telah memutuskan seseorang itu bersalah.

Sebagai rakyat, saya mahu kerajaan bertegas dalam hal ini dan tidak mahu perkara sama berulang. Rakyat juga sudah bosan dengan tindak-tanduk mereka yang menggunakan kelebihan darjah dan pangkat demi kesenangan diri sendiri.

NAJIB
Tanjung Minyak, Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya