Sejak bila ski jet dibenarkan di Pulau Tioman? - Utusan Malaysia

Sejak bila ski jet dibenarkan di Pulau Tioman?

DERETAN ski jet berdekatan sebuah resort di Pulau Tioman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERKEJUT! Itu reaksi saya bersama rakan-rakan ketika berkunjung ke Pulau Tioman, baru-baru ini. Ini merupakan kunjungan kelima saya ke pulau itu.

Dalam kunjungan pertama, saya ada bertanya sama ada aktiviti ski jet (jet ski)dibenarkan? Jawapan yang diterima daripada pihak berkuasa dan pengusaha resort, ‘tidak boleh.’ Tapi kali ini saya dan rakan-rakan begitu terkejut apabila mendapati beberapa pelancong dibenarkan membawa ski jet dan diletakkan di tepi pantai berhampiran sebuah resort. Pelik.

Persoalan yang timbul, mengapa ski jet dibenarkan dibawa masuk ke pulau ini? Adakah untuk pameran sahaja? Kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan setelah terdapat aduan daripada penduduk? Di mana pihak berkuasa seperti Pejabat Taman Laut yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perikanan?

Adakah sekarang aktiviti ski jet sudah dibenarkan di Pulau Tioman? Adakah pengusaha resort terbabit mendapat kebenaran khas untuk membenarkan pelancong membawa masuk ski jet? Pelbagai persoalan timbul. Saya dan juga rakan-rakan turut tertanya-tanya, adakah kami pelancong kelas kedua?

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas memandangkan aktiviti ski jet tidak dibenarkan. Jangan bagi alasan tiada aduan daripada penduduk.

Kepada pengusaha resort pula, berlaku adillah kepada pelancong. Ski jet boleh membahayakan keselamatan pelancong lain yang menjalankan aktiviti snorkeling dan selam skuba.

Sebelum sebarang kemalangan berlaku, eloklah tindakan tegas dan segera diambil.

PELANCONG KELAS DUA
Pulau Tioman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya